Isnin, 19 Mac 2018

YB ADUN JELAWAT PROMOSI DP-BIOPLUS





Pada 28 Disember 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penerangan (Roadshow) NAIMbif bertempat di Dataran Ilmu Kedai Gunong Bachok. Majlis penerangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj.Abdul Aziz bin Kadir,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan.
YB.Hj.Abdul Aziz menyampai DP_BIOPLUS kepada penghulu yang hadir

Seramai 100 orang peserta menghadiri majlis ini terdiri dari Penggawa,Penghulu-penghulu dan penternak  dikawasan Dewan Undangan negeri Jelawat.

Pada hari tersebut Yang Berhormat Hj.Abdul Aziz bin Kadir,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan telah mempromosikan makanan tambahan DP-BIOPLUS kepada penghulu dan penternak dikawasan DUN Jelawat.