PRODUK BIOTEK



DP-BIOPLUS







DP-BIOPLUS adalah makanan tambahan ternakan yang dihasilkan secara bioteknologi dan diperkaya dengan mikrob baik secara alami tanpa campuran bahan kimia. Ianya mengandungi unsur utama terdiri probiotik, asid laktik, tenaga,protin,vitamin dan mineral yang memberi kesan yang baik kepada ternakan. DP-BIOPLUS berfungsi untuk meningkatkan penghadaman makanan dan kesihatan ternakan. DP-BIOPLUS sesuai untuk diberi makan kepada semua ternakan terutamanya lembu, kambing, bebiri, rusa, ayam,itik,arnab dan puyuh. DP-BIOPLUS mengandungi kultur hidup probiotik bersama asid laktik yang mampu menyelesaikan masalah bau busuk ternakan dan persekitaran.

DP-BIOPLUS  membantu:-
       Menambah jumlah ‘bakteria baik’ dalam sistem penghadaman
       Mempercepatkan proses pencernaan dan menambah selera makan ternakan.
       Meningkatkan tumbesaran ternakan dan ketahanan terhadap penyakit.
       Kadar penukaran makanan (FCR) lebih cekap
       Menjimatkan kos makanan dan memendekkan masa penternakan.

Apa itu probiotik

Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisma hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.
Probiotik ialah bakteria baik yang wujud secara semula jadi untuk menjadikan manusia dan haiwan lebih kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik secara alami.
Probiotik adalah pencegah penyakit berbanding antibiotik yang bertugas selepas diserang penyakit. Dalam kata lain, probiotik lebih bertindak sebagai pendinding kepada sebarang penyakit. Cara paling mudah menambah probiotik adalah bahan yang mengandungi kultur hidup.
Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan.

DP-BIOPLUS meningkatkan penghadaman

Penggunaan DP-BIOPLUS akan membiakan dan menambah populas mikro organisma  yang sediada didalam rumen ternakan dan mengujudkan satu sistem microbial yang seimbang. Keseimbangan mikrobial akan meempercepatkan penapaian (fermentation) bahan bahan seperti lignin dan cellulose yang meningkatkan penghadaman dan kecekapan penggunaan makanan.
Mikrob baik yang ada dalam DP-BIOPLUS akan mencerna unsur makanan seperti selulosa kepada unsur karbohidrat dan seterusnya kepada VFA(Volatile Fatty Acid) digunakan untuk menghasilkan tenaga kepada ternakan.Selain dari itu bakteria dan protozoa juga akan mengsintesis protein dan vitamin.
DP-BIOPLUS  Meningkatkan sistem imun
Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan ternakan mudah jatuh sakit. Senario begini yang kerap berlaku bukan sahaja merisaukan pemilik tetapi mungkin menjejaskan tumbesaran dan kesihatan haiwan peliharaan. Salah satu manfaat yang terkenal, probiotik adalah  menguatkan sistem imun ternakan.
Probiotik ini membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik dipersekitaran yang mampu menghasilkan bahan anti microbial yang merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya. Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran makanan. Ia dapat memperbaiki masalah rumen,usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.

DP-BIOPLUS  Menghilangkan bau

Langkah pertama bagi menghasilkan persekitaran yang sihat untuk ternakan peliharaan  adalah dengan menurunkan atau menghapuskan gas ammonia. Mikrob bermanafaat secara semulajadi bertindak secara langsung dalam menguraikan ammonia. Persekitaran dan kandang ternakan yang menggunakan DP-BIOPLUS didapati berjaya mengurangkan paras ammonia. Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan DP-BIOPLUS bertindak ke atas najis dan kotoran haiwan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang penyebaran penyakit berbahaya. DP-BIOPLUS membantu mempercepatkan penguraian/pereputan bahan organik dari sisa buangan lading dan mengitar semula serta menambah kehadiran nutrient tanah dan tanaman.

Kaedah penggunaan.

Beri makan DP-BIOPLUS  1-2 % jumlah pemberian makanan dengan kaedah menggaul bersama makanan atau diberi terus 50-100 gm kepada lembu atau kambing.

Kesan sampingan

DP-BIOPLUS adalah produk yang diproses secara semulajadi tanpa pengubahsuaiaan genetik atau bahan kimia , dengan ini adalah selamat digunakan tanpa memberi kesan sampingan yang memudaratkan ternakan dan pengguna.

Penyimpanan

Simpan ditempat selamat dan bersih dalam keadaan suhu bilik. Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari dan suhu melebihi 40oc.


PROMOSI DP-BIOPLUS


DP-BIOPLUS telah diberi  pengiktifaran oleh Dato' Dr. Kamarudin bin Mat Isa dan promosi julan sempena Program Road to MAHA peringkat Negeri Kelantan pada 04 June 2015 di Ketereh, Kelantan.


 Ketua Pengarah DVS Malaysia mempromosikan DP-BIOPLUS





Tiada ulasan:

Catat Ulasan