MANAFAAT
YOGURT
Tahukah
anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran
pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang
mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria
baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.Yogurt Probiotik adalah
istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada
organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam
jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik
untuk badan.
Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam
kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem
imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau
minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti
kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang
manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi
membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan
vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.
Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.Untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu anda merasakan nikmat kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari.
Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain. Sesuai untuk semua peringkat usia, Marigold mempromosikan minuman yogurt tanpa lemak dan lebih menarik, usaha itu juga bertujuan mendidik pengguna untuk mencintai alam sekitar.
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang
terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang
usus melalui mengubah mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan,
probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan
(infeksi) di mana yogurt yang mengandung
dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi
kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas
bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang
ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan
menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan
berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk
membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem
penghadaman
Bakteria yang terkandung di
dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam
susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem
pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih
sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak
baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan
dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan
pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan
tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar
kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan
berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Inilah 7 manfaat dan khasiat
yogurt yang dibawakannya kepada kita. Memang elok menjadikannya sebahagian
daripada makanan tambahan dalam diet mingguan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan